PROGRAM WAQAF
AL-QURAN CETAKAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU
Saban tahun Yayasan
Islam Terengganu telah memberi sumbangan Al-Quran kepada orang perseorangan,
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), jabatan kerajaan, sekolah, pondok dan
sebagainya. OIeh yang demikian, program ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada seluruh umat Islam menyalurkan sumbangan melalui
Program Wakaf
Al-Quran anjuran Yayasan Islam Terengganu
KELEBIHAN BERWAKAF
Allah SWT telah mensyariatkan wakaf,
menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri
kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan
harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-
“Bandingan
(pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai
itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya danAllah Maha
Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat : 261)
Rasulullah SAW sendiri amat menggalakkan umatnya
supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah RA yang bermaksud :
“Apabila matinya seseorang anak
Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara
iaitu
sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa
mendoakan
kepada kedua ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
WAKAF SEKARANG
Anda beli Al-Quran dan Pihak Yayasan Islam Terengganu akan
mengumpulkan dana wakaf dan menyumbangkan kepada yang memerlukan.
FAQ:
1.
Dimanakah Al-Quran
ini diwakafkan?
Yayasan Islam Terengganu mencadangkan
supaya penerima wakaf ini adalah tidak dihadkan kepada golongan tertentu
sahaja. Malah ia merangkumi semua lapisan sama ada terdiri daripada individu
perseorangan, komuniti, agensi, NGO, sekolah, jabatan dan lain-lain. Ini
berdasarkan pengalaman pihak Yayasan Islam Terengganu yang sentiasa dihujani
dengan surat-surat permohonan sumbangan Al-Quran daripada mereka yang
memerlukan.
Berikut adalah senarai sasaran penerima
sumbagan wakaf ini:
i. Masjid dan
surau
ii. Jabatan
kerajaan dan swasta
iii. Pertubuhan
dan NGO
iv. Madrasah,
pondok dan pusat pengajian
v. Institusi
Pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti, tadika dan lain-lain.
vi. Badan-badan kebajikan
2.
Bagaimanakah cara
untuk mewakafkan Al-Quran?
a.
Kaedah pembayaran melalui
transaksi online
i.
Pilih kuantiti bahagian al-Quran yang mahu diwaqafkan.
ii.
Isi maklumat yang diperlukan.
iii.
Pilih kaedah pembayaran dan selesai
b.
Kotak sumbangan diletakkan
di premis-premis Yayasan Islam Terengganu serta program rasmi jabatan.
Terima Kasih
yang tidak terhingga kepada semua pewakaf yang sudi menyertai dan mempercayai Yayasan
Islam Terengganu. Jazakumullah kheir. Moga-moga setiap kebaikan dan amalan yang
kita lakukan diterima oleh Allah SWT serta mendapat keberkatan di dunia dan di
akhirat. In sha Allah. Amin...
Wakaf Al-Quran
Pelaburan Akhirat Anda